النبإ   سورة  : An-Naba


سورة Sura   النبإ   An-Naba
النبإ An-Naba
عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ (1) عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ (2) الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ (3) كَلَّا سَيَعْلَمُونَ (4) ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ (5) أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا (6) وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا (7) وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا (8) وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا (9) وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسًا (10) وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا (11) وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا (12) وَجَعَلْنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا (13) وَأَنزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا (14) لِّنُخْرِجَ بِهِ حَبًّا وَنَبَاتًا (15) وَجَنَّاتٍ أَلْفَافًا (16) إِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ كَانَ مِيقَاتًا (17) يَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًا (18) وَفُتِحَتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ أَبْوَابًا (19) وَسُيِّرَتِ الْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا (20) إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتْ مِرْصَادًا (21) لِّلطَّاغِينَ مَآبًا (22) لَّابِثِينَ فِيهَا أَحْقَابًا (23) لَّا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًا وَلَا شَرَابًا (24) إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا (25) جَزَاءً وِفَاقًا (26) إِنَّهُمْ كَانُوا لَا يَرْجُونَ حِسَابًا (27) وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا كِذَّابًا (28) وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ كِتَابًا (29) فَذُوقُوا فَلَن نَّزِيدَكُمْ إِلَّا عَذَابًا (30)
الصفحة Page 582
النبإ An-Naba
(1) Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
(2) Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).
(3) Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.
(4) Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).
(5) Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
(6) (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
(7) Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?
(8) Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?
(9) Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
(10) Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
(11) Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?
(12) Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?
(13) Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?
(14) Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -
(15) Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -
(16) Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?
(17) Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,
(18) Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);
(19) Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,
(20) Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.
(21) Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -
(22) Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.
(23) Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
(24) Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -
(25) Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -
(26) Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).
(27) Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
(28) Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;
(29) Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.
(30) (Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".
 


اتصل بنا | الملكية الفكرية DCMA | سياسة الخصوصية | Privacy Policy | قيوم المستخدم

آيــــات - القرآن الكريم


© 2022