المسد   سورة  : Al-Masad


سورة Sura   المسد   Al-Masad
الصفحة Page 603
الكافرون Al-Kaafiroon
(1) Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
(2) "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
(3) "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
(4) "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
(5) "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
(6) "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
النصر An-Nasr
(1) Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -
(2) Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, -
(3) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
المسد Al-Masad
(1) Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
(2) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
(3) Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
(4) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
(5) Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.
 


اتصل بنا | الملكية الفكرية DCMA | سياسة الخصوصية | Privacy Policy | قيوم المستخدم

آيــــات - القرآن الكريم


© 2022