(68) Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
(69) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(70) Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
(71) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(72) Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
(73) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(74) (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
(75) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(76) Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
(77) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(78) Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
الواقعة Al-Waaqia
(1) Apabila berlaku hari kiamat itu,
(2) Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
(3) Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
(4) (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
(5) Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
(6) Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
(7) Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
(8) Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
(9) Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
(10) Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
(11) Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
(12) (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
(13) (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
(14) Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
(15) (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
(16) Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.