الواقعة   سورة  : Al-Waaqia


سورة Sura   الواقعة   Al-Waaqia
يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ (17) بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍ (18) لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ (19) وَفَاكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ (20) وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ (21) وَحُورٌ عِينٌ (22) كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ (23) جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (24) لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا (25) إِلَّا قِيلًا سَلَامًا سَلَامًا (26) وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ (27) فِي سِدْرٍ مَّخْضُودٍ (28) وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ (29) وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ (30) وَمَاءٍ مَّسْكُوبٍ (31) وَفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ (32) لَّا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ (33) وَفُرُشٍ مَّرْفُوعَةٍ (34) إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً (35) فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا (36) عُرُبًا أَتْرَابًا (37) لِّأَصْحَابِ الْيَمِينِ (38) ثُلَّةٌ مِّنَ الْأَوَّلِينَ (39) وَثُلَّةٌ مِّنَ الْآخِرِينَ (40) وَأَصْحَابُ الشِّمَالِ مَا أَصْحَابُ الشِّمَالِ (41) فِي سَمُومٍ وَحَمِيمٍ (42) وَظِلٍّ مِّن يَحْمُومٍ (43) لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ (44) إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ (45) وَكَانُوا يُصِرُّونَ عَلَى الْحِنثِ الْعَظِيمِ (46) وَكَانُوا يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ (47) أَوَآبَاؤُنَا الْأَوَّلُونَ (48) قُلْ إِنَّ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ (49) لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَاتِ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ (50)
الصفحة Page 535
(17) Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
(18) Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
(19) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
(20) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
(21) Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
(22) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
(23) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
(24) (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
(25) Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
(26) Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).
(27) Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
(28) Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
(29) Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
(30) Dan naungan yang tetap terbentang,
(31) Dan air yang sentiasa mengalir,
(32) Serta buah-buahan yang banyak,
(33) Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
(34) Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
(39) Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
(40) Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
(41) Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
(42) Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
(43) Serta naungan dari asap hitam,
(44) Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
(45) Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
(46) Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
(47) Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
(48) "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
(49) Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
(50) "Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
 


اتصل بنا | الملكية الفكرية DCMA | سياسة الخصوصية | Privacy Policy | قيوم المستخدم

آيــــات - القرآن الكريم


© 2022