الأعلى   سورة  : Al-A'laa


سورة Sura   الأعلى   Al-A'laa
بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا (16) وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ (17) إِنَّ هَٰذَا لَفِي الصُّحُفِ الْأُولَىٰ (18) صُحُفِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ (19)
الغاشية Al-Ghaashiya
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ (1) وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ (2) عَامِلَةٌ نَّاصِبَةٌ (3) تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً (4) تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ آنِيَةٍ (5) لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍ (6) لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِن جُوعٍ (7) وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ (8) لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ (9) فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ (10) لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَاغِيَةً (11) فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ (12) فِيهَا سُرُرٌ مَّرْفُوعَةٌ (13) وَأَكْوَابٌ مَّوْضُوعَةٌ (14) وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ (15) وَزَرَابِيُّ مَبْثُوثَةٌ (16) أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ (17) وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ (18) وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ (19) وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ (20) فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنتَ مُذَكِّرٌ (21) لَّسْتَ عَلَيْهِم بِمُصَيْطِرٍ (22) إِلَّا مَن تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ (23) فَيُعَذِّبُهُ اللَّهُ الْعَذَابَ الْأَكْبَرَ (24) إِنَّ إِلَيْنَا إِيَابَهُمْ (25) ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُم (26)
الصفحة Page 592
(16) (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
(17) Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(18) Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
(19) Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.
الغاشية Al-Ghaashiya
(1) Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
(2) Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
(3) Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
(4) Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -
(5) Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.
(6) Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
(7) Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
(8) (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
(9) Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
(10) (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
(11) Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
(12) Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,
(13) Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
(14) Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
(15) Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
(16) Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
(17) (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
(18) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
(19) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
(20) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
(21) Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
(22) Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
(23) Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, -
(24) Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
(25) Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,
(26) Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
 


اتصل بنا | الملكية الفكرية DCMA | سياسة الخصوصية | Privacy Policy | قيوم المستخدم

آيــــات - القرآن الكريم


© 2022